Zaman belajar di U memang zaman yang paling hebat... Zaman yang
penuh warna warni dan tak mungkin akan dilupakan... Bila difikirkan memang
banyak sangat kenangan masa belajar yang tak mungkin dapat di tempat
lain walaupun baru menghabiskan pengajian dalam tahun satu. Antaranya;
Masa first week of first year semua student
pakai skema. Student kelas saya yang lelaki semuanya pakai kemeja
bergosok, seluar slack siap ber neck tie. Siap kena sound dengan
lecturer;
"kenapa kamu semua ni pakai neck tie. Tak panas ke?"
Sejak
hari itu, memang geng-geng lelaki kelas itu tak pakai dah kemeja. Hari
Isnin sahaja kot pakai kemeja itupun tak ada neck tie dan yang perempuan
pakai baju kurung. Sebab Isnin hari berpakaian kemas kot. Kalau tidak
kami memang tak boleh masuk library dan tak boleh buat urusan dengan
orang office.
Kuliah saya ialah Kuliah Bahasa Arab antara student yang paling sedikit dalam kuliah kami. Kami sepatutnya
kena pakai kad matrik sepanjang masa ke kuliah ataupun kawasan
pentadbiran tapi haram tak pernah pakai sejak daripada awal first year. Sesetengah yang lain at least first year memang akan pakai kad matrik tu
sepanjang masa tapi kami bagi beg kami sahaja pakai ataupun simpan
sahaja dalam pencil case. Bila ada urusan baru kami pakai. Pendek kata
kala tak pakai kad matrik tu mesti akan di cop student nakal.
Kadang-kadang kena tahan juga dengan guard sebab tak pakai kad matrik.
Tapi tak ada kesan pun.
Menambahkan nakalnya kami ialah pasal
tutorial classes. Tutorial ini ialah kelas untuk berbincang pasal
subjek yang diajar dalam kuliah. Kelas tutorial ini memang masuk dalam
jadual kami. Kiranya setiap subjek akan ada kelas kuliah dan kelas
tutorial. Tapi kelas tutorial untuk geng kami memang selalu
sahaja kosong dan tak mendapat sambutan. Macam tak penting la. Last-last.. kami memang dah tak buat jadual kelas tutorial. Fakulti kami
sahaja yang macam tu. Bagi lain student rajin pergi kelas tutorial.
hoho~
Semuanya muka suci tapi perangai memang nakal-nakal. Suci
itu sebab tak kenal apa itu stress, tak tahu apa itu tension,tak jumpa
jalan sesak hari-hari, tak kena bangun pagi dan balik lewat
petang(mungkin malam), tak ada boss.
Pasal assignment pula. Dah
jadi lumrah kehidupan student yang suka buat last minutes. Ku yakin
hampir semua orang yang pernah jadi student pun punya perangai bijak
pandai macam ini.
Planning memang awal. Lepas dapat assignment itu,
terus draft apa nak buat tapi pelaksaaan itulah yang lambat. Planning
memang tip top tapi bila buat last minutes semua jadi tunggang terbalik.
Haha. Pernah jugalah ponteng kelas lain semata-mata nak settlekan
asignment yang kena hantar hari itu juga. Jangan salahkan lecturer bagi
assignment banyak tapi salahkan diri yang suka buat kerja last minutes.
Tapi kadang-kadang geram juga dengan lecturer yang bagi assignment
susah-susah. Pernah tak tidur beberapa malam semata-mata nak settlekan bahas. (sampai sekarang tak taubat2 lg.. huhu~)
Bila
final exam sudah hampir ramailah yang mula cari final paper tahun-tahun
lepas sebab lecturer kuliah kami agak baik. Dorang buat soalan
kebanyakannya recycle soalan-soalan past years. Mix and match la kata
orang kan. So, kami memang dah predict la bentuk-bentuk soalannya.
Masalahnya dah boleh predict tapi kenapa tak dapat dekan tiap-tiap
semester eh? Ahaha..dah tahu tapi malas. Tu sahaja sebabnya. Sekarang
ini tak sure la macam mane ngn keputusan exam yg baru slesai bulan mei lepas..
Tiap-tiap
akhir semester, masa nak susun jadual untuk semester hadapannya memang
teruja habis. Kalau boleh nak ambil kelas petang sahaja tiap-tiap hari .
Tak perlu nak tidur awal dan bangun awal untuk ke kelas. Lepas itu
kalau boleh tak nak lah kelas sampai pukul 6. Pukul 4 dah boleh balik
bersenang-lenang di bilik. Khamis petang pula kalau boleh tak mahu ada
kelas dah. boleh balik rumah mak ayah awal sikit kan. Angan-angan mat
jenin macam itulah. Kalau dah tak ada pilihan kelas pukul 8 pagi jugalah
kena pergi.
Banyak lagi tapi lagi banyak dicerita lagi rindu
pula pada zaman sem yang lepas. Zaman yang baru x lebih sebulan kutinggalkan.
Erm..rasa macam nak sambung sem baru cpt2 pun ada tapi tunggulah.
Korang
yang masih lagi bergelar student at secondry skul, enjoy your skul life ok. Kami yang
dah pencen ini dah tak merasa dah. Kena stay-up stay-up stay-up sahajalah.
No comments:
Post a Comment